Bismillahirrahmannirahim
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menghasilkan satu laporan industri yang telah diamanahkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pelajar-pelajar dengan jayanya. Dengan ini , tamatlah sesi latihan industri ini selama 5 bulan di Wawasan Sepakat Sdn Bhd. Maka dengan itu, sempurnalah salah satu syarat untuk menerima anugerah Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal. Laporan latihan industri ini boleh menjadi garis panduan dalam meneruskan usaha semasa pembelajaran kelak.
Di kesempatan ini, saya Muhd Adib Zaidi Bin Mahat dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wawasan Sepakat Sdn Bhd, kerana sudi memberi peluang dan kerjasama kepada saya dalam menjalani program latihan industri di institusi ini untuk tempoh bermula 19 July 2018 sehingga 16 November 2018. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya semasa menjalani latihan industri di sini. Segala panduan dan kerjasama mereka amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan ketika saya menjalani latihan industri. Segala ilmu yang saya perolehi ketika menjalani latihan industri ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin apabila menempuh alam perkerjaan yang sebenar kelak. Jasa serta kerjasama daripada kalian semua amat saya hargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah khususnya pensyarah program Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal, serta tenaga pengajar serta Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri yang terlibat dengan latihan industri yang selama ini memberi bimbingan dan semangat untuk saya lebih maju dan berjaya.
Jutaan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan dorongan untuk melakukan yang terbaik semasa menghasilkan laporan ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang tidak terhingga dalam memyiapkan laporan akhir ini.
Thursday, November 15, 2018
BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang;
- Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar .
- Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang saya belajar di politeknik.
- dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
- Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di bengkel bersama dengan pekerja dengan baik.
- Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.
Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai. Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan iaitu;
- Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri.
- Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
- Pensyarah
harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.Politeknik sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas.
- Pelajar harus menepati masa agar tidak dipandang rendah oleh majikan.
- Pelajar harus didedahkan dengan dunia luar, tidak hanya didalam pejabat.
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL
1.Menukar Minyak Hitam
Peralatan yang digunakan
Peralatan yang digunakan
- Spannar
- 'Jack stands'
- 'Hydraulic' atau 'hydraulic lift car'
- Sediakan bekas minyak pelincir yang telah digunakan untuk menampung minyak hitam
Cara menukar minyak hitam
- Angkat kereta menggunakan 'hydraulic' di bahagian hadapan kenderaan.
- Sediakan peralatan seperti spannar, pembuka penapis minyak 'oil filter opener' dan bekas takungan minyak hitam.
- Mula-mula longgarkan 'oil drain plug' untuk keluar minyak hitam dari 'oil sump' ke bekas takungan minyak hitam.
- Selepas titisan minyak hitam, ketatkan kembali 'oil drain plug'.
- Membuka penapis minyak 'oil filter' untuk tukar baru 1000 KM, selepas itu ketatkan kembali penapis minyak yang baru.
- Turun kereta selepas itu tuang minyak pelincir ke dalam enjin.
- Setelah tuang tersebut, periksa 'oil dipstick' untuk lihat samaada sampai paras maksium atau tidak.
- Selesai.
2. Menukar Tayar Kereta
Peralatan yang digunakan
Peralatan yang digunakan
- Impact Wrench
- Box 21mm
- 'Jack Stands'
- 'Hydraulic' atau 'hydraulic lift car'
Cara Menukar tayar kereta
- Angkat kereta bahagian depan sebelah kiri menggunakan 'hydraulic'.
- Tegakkan di bawah kereta menggunakan 'jack stands'.
- Longgarkan nut tayar untuk dikeluarkan.
- Keluarkan tayar lama dari rim menggunakan 'tire changer'.
- Masukkan tayar kereta (175/55 R14) ke rim menggunakan 'tire changer'.
- Pasangkan tayar yang telah ditukar dengan 'wheel balancer'.
- Setelah pemasangan, pasang balik tayar ke kereta dan ketatkan nut tayar.
- Angkat kereta bahagian depan sebelah kiri menggunakan 'hydraulic'.
- Keluarkan 'jack stands' dari bawah kereta.
- Turun kereta tersebut menggunakan 'hydraulic'.
- Selesai.
3. Menukar brake pad
Peralatan yang digunakan
Peralatan yang digunakan
- Soket Metrik
- Soket Torx
- Ragum G,Skrew Driver Besar
- Soket saiz yg sesuai
- Tukul
- Penyembur pembersih break
Cara Brake Pad:
- Jek kereta dan buka tayar hadapan(ikut langkah keselamatan)
- Tekan piston caliper sehingga masuk kedalam supaya memudahkan anda memasukan break pad yang baru kelak.
- buka dua skrew yg memegang break caliper
- Tarik keluar break pad dari tempatnye,sekiranya ketat cungkil dengan crewdriver untuk mengeluarkannya
- Pasang break pad baru ke tempatnye semula,pastikan shim dank lip bawah dipasang
- Pasang break caliper,ikatkan dua skrew semula seketatnya.
- Untuk panduan dikaliper ada lubang sebagai penunjuk ketebalan break pad anda
- Pasangkan tayar semula.pam break anda sehingga tekanan break sempurna.
- Pandu dan test break anda...
- Selesai.
4. Menukar Bateri Kereta
Peralatan yang digunakan
- 10MM Soket
- 13MM Soket
- Ratchet
- Pemutar Skru
Cara Menukar Bateri Kereta
- Cari bateri di dalam bagasi
- Putuskan sambungan terminal bateri negatif
- Putuskan terminal bateri positif
- Keluarkan pendakap bateri
- Keluarkan bateri lama
- Pasang bateri baru
- Bersihkan jawatan bateri
5. Menukar Palam Pencucuh
Peralatan yang digunakan
- Pemutar Skru Rata
- 8MM Soket
- 10MM Soket
- Soket palam pencucuh
- Sepana Motor
- Ratchet
- Rag
- Soket Extension
Cara Menukar Palam pencucuh
- Membuka penutup enjin .
- Membuka bolt pengikat dan keluar keempat-empat 'ignition coil'.
- Melonggarkan dan keluarkan palam pencucuh.
- Memeriksa keadaan palam pencucuh yang dikeluarkan dari enjin.
- Menukar dan memasang balik palam pencucuh.
6. Pam Tayar
Peralatan yang digunakan
- Pam udara
Cara Pam tayar:
- Gunakan pengukur tekanan tayar dan ukur tekanan udara didalam tayar.
- Tekanan air tayar boleh dirujuk dari buku manual atau pun sticker putih disebelah pemandu.
- Pastikan tayar kereta dalam keadaan sejuk, jika panas bacaan tekanan tayar tidak tepat.
- Bukak penutup batang injap. Tambah angin jika kurang dan buang angin jika lebih.
- Tekan pin ditengah pada batang injab dengan jari atau alatan lain yang sesuai.
BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN
Ringkasaan Mingguan
Mingguan 1 - 2 :
*Melapor diri di tempat latihan industri iaitu Wawasan Sepakat Sdn Bhd
*Menukar tayar kereta
*Menukar tayar kereta
*Menukar bateri kereta
*Menukar penapis minyak
*Membuat pengecas bateri kereta
Mingguan 3 - 4 :
*Menukar penapis minyak
*Menukar drain plug
*Memasang semula drain plug & oil filter yg baru
*Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian
*Memasang semula drain plug & oil filter yg baru
*Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian
Mingguan 5 - 6 :
*Memeriksa brake pad
*Menukar brake pad
*Membuka brake pad
*Memasang semula utk brake pad
*Membuka brake pad
*Memasang semula utk brake pad
Mingguan 7 - 8 :
*Membersihkan penapis udara
*Menukar pengelap cermin
Mingguan 9- 10:
*Memeriksa radiator
*Memeriksa tali sawat
*Menukar tali sawat
*Menukar tali sawat
*
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bab 6 : PENUTUP
Bismillahirrahmannirahim Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menghasilkan satu laporan industri yang...
-
Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang; Perseki...
-
1.Menukar Minyak Hitam Peralatan yang digunakan Spannar 'Jack stands' 'Hydraulic' atau 'hydraulic lift car' S...
-
Bismillahirrahmannirahim Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menghasilkan satu laporan industri yang...