Thursday, November 15, 2018

Bab 6 : PENUTUP

Bismillahirrahmannirahim

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menghasilkan satu laporan industri  yang telah diamanahkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pelajar-pelajar dengan jayanya. Dengan ini , tamatlah sesi latihan industri ini selama 5 bulan di Wawasan Sepakat Sdn Bhd. Maka dengan itu, sempurnalah salah satu syarat untuk menerima anugerah Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal. Laporan latihan industri ini boleh menjadi garis panduan dalam meneruskan usaha semasa pembelajaran kelak.


Di kesempatan ini, saya Muhd Adib Zaidi Bin Mahat dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , dengan berbesar  hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wawasan Sepakat Sdn Bhd, kerana sudi memberi peluang dan kerjasama kepada saya dalam menjalani program latihan industri di  institusi ini untuk tempoh bermula 19 July 2018 sehingga 16 November 2018. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang telah banyak  memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya semasa menjalani latihan industri di sini. Segala panduan dan kerjasama mereka amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan  ketika saya menjalani latihan industri. Segala ilmu yang saya perolehi ketika menjalani  latihan industri ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin apabila menempuh alam perkerjaan yang sebenar kelak. Jasa serta kerjasama  daripada kalian  semua amat saya hargai.


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah khususnya pensyarah program Sijil Kemahiran Kejuruteraan Mekanikal, serta tenaga pengajar serta Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri yang terlibat dengan latihan industri yang selama ini memberi bimbingan dan semangat untuk saya lebih maju dan berjaya.

Jutaan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan dorongan untuk melakukan yang terbaik semasa menghasilkan laporan ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang tidak terhingga dalam memyiapkan laporan akhir ini.

No comments:

Post a Comment

Bab 6 : PENUTUP

Bismillahirrahmannirahim Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya saya dapat menyiapkan dan menghasilkan satu laporan industri  yang...